Friday, July 18

Perubahan !

Assalamualaikum, 


            Hati siapa yang boleh terima kalau asyik dikondemn jer kerja dia. Fikir dia tu bagus sangat sampai nak kondemn jer kerja nya . Kalau gurauan pon ada batasnya .Jangan nak anggap semua perkara yang kau cakap tu satu gurauan yang semua orang boleh terima . Fikir masing-masing ada perasaan !! Who cares about you stupid jokes !! Aku ada perasaan, aku pon ada masa angin pasang surut . Hidup ini tak sempurna . 

 

             Janji-janji ke laut ! Masing-masing terkuntang kanting .Sebagai pelajar pandai-pandai susun masa tuk diri sendiri . Tapi jangan sampai susun aktiviti diri sendiri sampai menyusah an orang lain. Come on ! Nak berjaya bersama kan ? Aku sabar ada had nya . Kalau janji nak buat assignment tu, tunaikan janji tu. Bila aku buat semua kerja kata aku nie kedekut ilmu lah ,tak pernah bagi kerja lah, tak tahu apa-apa, aku ta inform . Kang bila final semua tunding jari aku . Maaf ~~~ Aku penat nak marah-marah nie, nanti kau 'bash' aku DINGIN , BENGIS , TAK BOLEH BAWAK KAUTIM so onnnnnnn . What the heck seh . Aku pon ada life sendiri. Aku pon bercinta , aku pon ada masa nak bersukan , aku pon ada masa nak spend time ngan family . Tapi kalau semua kerja aku nak hadap, bila masa aku nak buat semua benda-benda tu. Come on beb ! Give and take !



             Raya tinggal agi seminggu ? SERONOK !? Seronok lah sangat . tahun nie aku tak tahu lah aku raya ke tidak , keluarga pon macam nak tak nak raya jer .. Uwy and atok sakit , Makngah balik raya kedua, maksu ta dapat balik raya pertama , ibu kerja time raya , uncle ujang jauh nun kat Kedah . Habis sape kat kampung ? Adik-adik aku ? Yang balik pon Yassin ngan Puya jelah kott . Abang heboh kerja, Danish bajet rajin tanggungjawab kerja time raya . Aku ? Kerja memang kerja ,Tapi hati keluarga aku dahulukan . Bahagiakan mereka dulu . Baru aku fikirkan diri aku yang ta berapa nak berguna nie . Rasa nak duduk jer kat merlimau abaikan semua orang, api fikir an perasaan orang tua aku tu , aku kuat an hati abaikan tindasan. Nak tunaikan janji aku dekat keluarga aku , aku terpaksa abaikan perasaan aku yang sering disakiti oleh manusia-manusia yang kurang kesedaran. Masalah keluarga ? Complicate ? Baik belah bapak aku mahu belah ibu . Sado wahai hati :')

Kesedaran diri aku dekat sini ialah ? Tidak ada siapa yang sanggup duduk ditempat aku sekarang . Hanya diri aku sendiri berdiri teguh memohon keberkatan hidup kepada Maha Berkuasa . Kata-kata semangat dari korang semua membuat aku lebih kuat untuk lalui semua. Tapi...... Hurm , Terima Kasih . 




Monday, July 7

Loneliness Does Exist


 Assalamualaikum .
           
       Deabak, sekarang aku akan menulis sahaja dalam blog ini, untuk meluahkan segala apa yang aku rasa lalui setiap saat, setiap masa, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan setiap tahun dan seterusnya. Hahahahaaa~~ Harap kalian tak naik bosan ngan cerita aku dah lah yer. Aku meng update pon ngan penuh perasaan yang tengah delema. Sangat delema !!

       Hari nie boleh tahan, masih terasa diabaikan, tersish, halimunan. Tapi tape, aku dah biasa sebab membesar dalam keadaan macam tu jugak. What the society care !! No one really care dear. Put it behide you. Sahur hari nie just satu cawan nestum sebab tade benda nak makan, tambahan aku tak berapa nak seleraa nak makan benda berat-berat. Sakit perut lah nenek. Dari semalam sakit perut nie. Kalau sakit perut betul-betul dekat pusat, tu sakit apa yer ?  Okey done ! Tahan jelah sakit nie, agak-agak aku pengsan tak sedar an diri nanti baru bawak pergi hospital okey. Terus masuk ICU ! Suka sangat, sebab time tu baru kita sape sebenar-sebenar nak kita hidup atau mati an ? Ahahahahaaa~~



        Mula kerja ukur hari nie, pergh ! dugaan habis. Time puasa kitaorang pergi mengukur an, adat lah ai nama pon pengukur . panas terik hujan basah pon kena buat kerja ngan cemerlang. Aku nak gred ngan berjaya an ? Kelas petang mathematics (3jam) . Patah buntut nenek duduk lama-lama dalam kelas nok . Ahahahaaa, dapat pulak lecture yang sama-sama belajar ngan kitaowg. Kata nya tak pernah ajar mathematic 3. Soooo, ikut jelah segala kehendaknya ,  asal an aku paham apaa yang diajar (memang lah paham, pernah belajar time form3) .

        Buka hari nie, aku masak okey. Masak ayam masak merah, sedap okey . Hahahaaa, terkilan time masak sensorang. Tape, set mind balik " KALAU KAU KHAWIN PON, YANG DUDUK DAPUR KAU SENSORANG JUGAK" Dengan perasaan yang ceria semula untuk memasak, semua berjalan ngan lancar. Tip Top punay lauk . 5 minit agy nak buka, boleh pulak nasik lupa nak petik . Aish, slek mood betol ar. Dah bersemangat nak makan ngan housemate semua, last-last kena tunggu . Donggu betol ar, disebab hati perasaan tersentap. Hahahaaaa~ merajuk seorang diri sekejap, yela tade sape yang sudi nak pujuk. Sape lah kita untuk dipujuk an . NOBODY !!




        

        Nak tenang an hati yang berbuak sakit perit semua, pergi lah aku ke surau menunaikan solat tarawih bersama jiran tetangga. Seronok , suka sangat tenang habis segala masalah . Menitik air mata sebab semua aku lalui sensorang tade sape yang benar-benar kecuali Dia. 'Sesungguh nya hanya Dia yang tidak pernah mengecewakan aku, terasa hina aku terhadap Dia' Ya Allah~~ Ampuni lah segala dosa-dosa aku :'(

        Kesudahan hari ini, aku telah banyak mengalah dengan insan bernama TEMAN . Yang aku sayangi tak pernah cuba untuk aku benci. Walaupon hati aku sentiasa terluka atas bperbuatan dyeowg. Bija kuat . :')

Actually there is no such thing of loneliness, but for sure i had kept this feeling for a long time being. It had become part of my life that no one really understand . For sure NO ONE !!! 

Bad feeling from me Cahaya Jelas :)  


Saturday, July 5

Apa Sebenar nya Kawan ?

Assalamualaikum . 

       Untuk sekian kalinya aku muncul semula. Entah kenapa hati nie rasa hendak berkongsi cerita yang telah lama aku pendam. Aku tak tahu kenapa dengan aku yang semakin hilang arah dengan asal hidup aku sendiri. Hurm, begini lah aku mulakan cerita aku entah menarik atau tidak. Kalau boleh tolong lah berikan sedikit comment atau pandangan ngan masalah aku nie eh ? Please~~~

        Semula berlaku semasa aku mulakna semester baru di Politeknik di Melaka. Aku punya dua orang kawan yang teramat aku sayang. Tapi semua berubah dengan sekelip mata. Bila wujudnya tidak sefahaman antara kami. Aku mengaku masa tu aku panas  baran. Aku baran bukan sahaja-sahaja, bersebab jugak aku jadi macam tu . Sape  yang ta angin bila kerja tidak buat bersungguh-sungguh , bertangguh bagai . Tidak kesah lah pasal tu, semua student ada masalah itu bukan ? Yang aku sedih tahap gila bila masing-masing dah asingkan aku dari hubungan persahabatan dyeorang. Aku ta kesah kalau nak diabaikan ke apa . Tapi masing-masing dah bagi aku harapan untuk bersama-sama baik susah atau pon senang. 

        Bayangkan kau duduk satu bilik tapi aku kat sebelah korang macam halimunan, korang gelak sesama, korang berbisik antaara dua. Bila aku tanya kenapa? kongsi lah, jawapan dia "TADE APA-APA" . Okey sabar, abaikan, cuba tak amik hati. Hari yang seterusnya, korang duduk dalam bilik berseronok bila aku masok lepak sesama korang keluar lepak kat luar bla macam tu jer. Hati aku bersabar menahan perangai korang. Teruskan bersabar. Bila aku lepak ngan korang masing-masing senyap seribu bahasa . Apa salah aku pon aku sendiri tak pasti. Aku tahu yang aku nie ta seperamah korang, sebaik korang.  Tapi harus ke korang layan aku macam nie. Kadang-kadang bila hati terfikir benda negatif, hati aku berbisik 'meyesal  aku tolong hubungan korang'. Tapi cepat-cepat aku sedarkan hati aku yang telah berkali-kali hancur  oleh insan bernama 'SAHABAT'. Aku sayang korang, tapi kenapa korang ta nampak aku punya perihatin terhadap korang. Aku nie hanya tempat lepaskan kesusahan ke ? Aku nie hanya kawan persingghan ke? Ya Allah !! 

        


Aku pernah melihat seorang perempuan yang telah hilang arah bila bergaduh ngan teman sendiri sebab LELAKI. Aku hadir dalam delema dia dengan sentiasa bagi semangat untuk teruskan hidup sebagai pelajar IPT. Sentiasa beerada disisi dia baik senang mahu pon susah. Aku lap air mata nya yang sentiasa mengalir sebabkan sahabat yang dia cintai. Aku berikan dakapan yang hangat memberitahu yang aku sentiasa akan melindungi dirinya. Aku akan sentiasa tersenyum dihadapan dia memberi harapan yang esok adalah hari cukup bahagia bagi nya. A.D & D.A , kau mempunyai satu senyuman yang sentiasa mengubat hati aku yang kian rapuh.






 ::Friendship is not about who knows you longer than others, but who understand the way you are. Keep smiling, you still have a life ahead of you. Keep strong, believe yourself. 

                                               
Full of love <3 <3 Cahaya Jelas :*

                   

Thursday, June 12

Simple Updating :)

Assalamualaikum , 

               Untuk sekian kali nya aku muncul semula dalam bidang meng 'update' nie . huuu~ Aku sebenarnya macam-macam nak update dalam blog nie . Macam-macam cerita aku nak kongsikan. Tapi takder kesempatan jer untuk aku luangkan. Hurm , gembira , sedih , perit , suka , semua ada. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. 

        Minggu depan dah mula kuliah, okey bija. Set mind balik semula, tak mahu sedih pasal semester lepas. Lepas biarkan lepas tak perlu di ingatkan kembali, buatkan sebagai pengajaran dan musabah diri. Mungkin silap aku jugak semester lepas sebab terlalu sayang dan mengharap dengan kawan baik sendiri. Tapi ternyata aku tersilap, aku bukan sesiapa untuk disayangi sepertimana aku sayang dia sebagai teman baik aku sendiri. Nekad dalam semester ini aku akan bawa diri sebagai seorang tidak mengharap kepada sesiapa lagi. Aku okey dengan cara aku sendiri.

    
         Done cerita pasal kedukaan alam seorang pelajar. Sebagai seorang teman wanita ? Huh! Part nie tak yah cakap lah, macam-macam dah berlaku kat hubungan nie. Baru sebulan aku duk dekat ngan dye , tapi macam-macam yang berlaku. Ye lah kan, mamat nie seorang yang panas baran, terima semuanya. Telan makan muntah kan . Ahahahahaaaa !!!! ABAIKAN . Tapi aku cukup bahagia dengan dia, walaupon perangai dia panas baran, kuat cemburu. Tapi adat sape yang ta cemburu tengok kekasih dia mesra ngan orang lain, BUKAN ? S.A ? Kau buat hari-hari naik gila, syukur aku dapat jumpa manusia macam kau. Insya Allah berkat doa bersama KEKAL HUBUNGAN nie. 

      Slot seterusnya ...... Apakah ? 







::CAPTION !! Who says that boy can't be best friend with a girl ? Why ? comment please .... Well i have my own BOY BEST FRIEND. And it is awesome !! :) 

Salam sayang cinta hati kepada semua . Jumpa lagi . Wasalam .  :: Cahaya Jelas::