Saturday, July 5

Apa Sebenar nya Kawan ?

Assalamualaikum . 

       Untuk sekian kalinya aku muncul semula. Entah kenapa hati nie rasa hendak berkongsi cerita yang telah lama aku pendam. Aku tak tahu kenapa dengan aku yang semakin hilang arah dengan asal hidup aku sendiri. Hurm, begini lah aku mulakan cerita aku entah menarik atau tidak. Kalau boleh tolong lah berikan sedikit comment atau pandangan ngan masalah aku nie eh ? Please~~~

        Semula berlaku semasa aku mulakna semester baru di Politeknik di Melaka. Aku punya dua orang kawan yang teramat aku sayang. Tapi semua berubah dengan sekelip mata. Bila wujudnya tidak sefahaman antara kami. Aku mengaku masa tu aku panas  baran. Aku baran bukan sahaja-sahaja, bersebab jugak aku jadi macam tu . Sape  yang ta angin bila kerja tidak buat bersungguh-sungguh , bertangguh bagai . Tidak kesah lah pasal tu, semua student ada masalah itu bukan ? Yang aku sedih tahap gila bila masing-masing dah asingkan aku dari hubungan persahabatan dyeorang. Aku ta kesah kalau nak diabaikan ke apa . Tapi masing-masing dah bagi aku harapan untuk bersama-sama baik susah atau pon senang. 

        Bayangkan kau duduk satu bilik tapi aku kat sebelah korang macam halimunan, korang gelak sesama, korang berbisik antaara dua. Bila aku tanya kenapa? kongsi lah, jawapan dia "TADE APA-APA" . Okey sabar, abaikan, cuba tak amik hati. Hari yang seterusnya, korang duduk dalam bilik berseronok bila aku masok lepak sesama korang keluar lepak kat luar bla macam tu jer. Hati aku bersabar menahan perangai korang. Teruskan bersabar. Bila aku lepak ngan korang masing-masing senyap seribu bahasa . Apa salah aku pon aku sendiri tak pasti. Aku tahu yang aku nie ta seperamah korang, sebaik korang.  Tapi harus ke korang layan aku macam nie. Kadang-kadang bila hati terfikir benda negatif, hati aku berbisik 'meyesal  aku tolong hubungan korang'. Tapi cepat-cepat aku sedarkan hati aku yang telah berkali-kali hancur  oleh insan bernama 'SAHABAT'. Aku sayang korang, tapi kenapa korang ta nampak aku punya perihatin terhadap korang. Aku nie hanya tempat lepaskan kesusahan ke ? Aku nie hanya kawan persingghan ke? Ya Allah !! 

        


Aku pernah melihat seorang perempuan yang telah hilang arah bila bergaduh ngan teman sendiri sebab LELAKI. Aku hadir dalam delema dia dengan sentiasa bagi semangat untuk teruskan hidup sebagai pelajar IPT. Sentiasa beerada disisi dia baik senang mahu pon susah. Aku lap air mata nya yang sentiasa mengalir sebabkan sahabat yang dia cintai. Aku berikan dakapan yang hangat memberitahu yang aku sentiasa akan melindungi dirinya. Aku akan sentiasa tersenyum dihadapan dia memberi harapan yang esok adalah hari cukup bahagia bagi nya. A.D & D.A , kau mempunyai satu senyuman yang sentiasa mengubat hati aku yang kian rapuh.






 ::Friendship is not about who knows you longer than others, but who understand the way you are. Keep smiling, you still have a life ahead of you. Keep strong, believe yourself. 

                                               
Full of love <3 <3 Cahaya Jelas :*

                   

No comments:

Post a Comment